Monday, January 24, 2011

Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak perlukan sokongan semua...

As Salam...

Saya ingin berkongsi dengan semua rakan2 n saudara Islam untuk sama2 menyokong pembinaan kompleks baru Madrasah Nurul Hidayah yang terletak di Kampung Tembak, Kuala Ketil. Sekiranya ada pihak yang hendak menyumbang kepada madrasah ini, sila hubungi pengetuanya Ustaz Mohd Zainon Ariffin di no 019-4754716 atau ke akaun bank Madrasah Nurul Hidayah, BIMB 02020010027433; Maybank 152040339766 atau BSN 02126-41-80336814-1. Berikut di 'post' kan keratan akhbar mengenai usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan pembinaan kompleks madrasah ini.

Bersama-samalah kita menyumbang untuk membolehkan para pelajar madrasah ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan dapat menampung pelajar yang lebih ramai bagi membolehkan kelahiran lebih ramai lagi para alim ulama di negara ini. Insya-Allah...

Tuesday, January 11, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Sudah agak lama tak karang mengarang di blog ini. aleh2 sudah tahun baru....smuga tahun ini lebih membawa kebahagiaan n keberkatan pada kami sekeluarga.Amin...!

Ank sulung kami, Safwan tafhim pun sudah genap usianya 3 tahun pada 31 Disember yang lalu.Syukur...Alhamdulillah...kesian dia sambut besday hanya di samping nenek, atuk n mak n pak sdara tanpa kehadiran aku n suami.maklumlah kena tinggal ngn nenek pada 12 disember.mak mertuaku nk jaga.maka..kami pun tinggalkan mereka berdua..safwan n safieerah di sana.

tulah pertama kali safieerah tanpa kami.safwan pernah tinggal ngn nenek dia slama 3 minggu masa aku mengandung safieerah.kesian si 'putih' tu sebab masih menyusu malam dengan aku.tapi xpala...hati mak mertua harus dijaga juga.mana2 nenek pun musti nk jaga cucu2nya kan.

tapi Alhamdulillah..berkat duk ngn nenek diaorg......safieerah dh boleh berjalan setapak dua n safwan dah buleh bercakap banyak n agak fasih dari dulu...:) n kami dapat gakla masa utk merehatkan diri semasa 'situasi yang datang menduga' ini. sebab itulah ketentuanNya adalah yang terbaik...Alhamdulillah.

Pada 8 Januari lalu, mak mertuaku sekeluarga (except abah) datang untuk hantar mereka n ambil barang2 Pie. Sambil tu bulehlah jalan2 kt KL. Bawak diaorg jalan2 kt KLCC jela.Yati yang sdg sarat mengandung tue masih kuat berjalan...aku dulu kalau time gitu musti dh cepat capek.hihi..manja katakan.Seronok betul dapat berkumpul reramai gini n bergurau senda adik-beradik.

erm...aku harap kebahagiaan sebegini akan sentiasa milik kami. Insya-Allah..