Tuesday, July 19, 2011

Slamat berjumpa semula...

dh hampir 5 bulan aku x on blog nie.n aku baru perasan yg aku x publish pun blog nie...hihi..hai maklumlah baru blajar nk berjinak2 dgn dunia ICT nie...suami aku tanya naper xleh carik blog kitaorg dlm internet pun..skarang aku dh ada jawapan utk dia...hahaha...kelakar baru perasan after a bout a year aku menaip.
berehat 5 bulan utk menyihatkan badan dahulu..sekarang baru ada mood skit nk sambung menaip.kali nie post sekadar to say hai to my blog yg dh lama aku tinggalkan.pasni nk post job2 terbaru n new adventure with families n frens....:)

Friday, February 11, 2011

Perkongsian Ilmu - Gangguan Jin

As Salam

Post kali ini bertujuan untuk berkongsi satu perkara yang kebanyakkan daripada kita tidak percaya atau mungkin tahu hal ini tetapi tidak ambil pusing sebab merasakan tidak perlu mengambil berat. Perkara yang ingin hendak dikongsi adalah mengenai gangguan jin.

Satu hari ketika aku n suami, Sahrul ke Ampang Plaza..ada jualan diskaun buku2. so masa meninjau2 nie..terlihat sebuah buku bertajuk '40 Amalan Merawat Kerasukan Jin' tulisan Drs. Hj. Hanafi Mohamed. MA.
Serba sedikit maklumat mengenai gangguan jin dan sebab-sebabnya di dalam Bahgian 2 buku ini ialah:
  • Manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengabaikan perintahNya, maka mudah sekali dipengaruhi oleh jin dan syaitan.
  • Manusia melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan golongan jin seperti membuang sampah atau benda di tempat tertentu tanpa menyebut nama Allah. Ini kerana jin memang ada dipersekitaran manusia.
  • Ada jin lelaki yg jatuh cinta kp seseorg wanita yg suka bersolek atau keluar malam sehingga ia meninggalkan solat.
  • Ada golongan wanita yg tidak sempurna mandi junubnya kerna ada hlgn pd tubuhnya spt bahan make-up yg tebal dan sebagainya.
  • Ada manusia pd satu ketika mengalami perasaan yg amat sedih atau terlalu gembira sehingga ia lupa kpd Allah.
  • Manusia melanggar atau lupa adab-adab memasuki ke suatu tempat yg pernah dilawati spt pantai, hutan, gua, bukit dan sebagainya tanpa berberdoa atau memohon perlindungan Allah terlebih dahulu.
  •  Manusia byk melakukan perbuatan kufur, maksiat dan pelbagai kemungkaran yg dibenci oleh Allah sehingga memudahkan jin mempengaruhi perasaan, jiwa dan pemikirannya.
  • Ada lagi beberapa perkara dinyatakan di dlm buku tersebut.
Isi tambahan (hasil pengalaman cerita org dan pengalaman yg ditemui aku):
Selain daripada sebab gangguan jin atas sebab-sebab diatas, ada juga perkara seperti perbuatan sihir orang dan saka yang mengganggu kita.

Tanda-tanda Gangguan Jin (spt di dlm buku tersebut):

Waktu Sedar (Jaga)
  • Mengalami pening dan sakit kepala bukan disebabkan oleh penyakit. Sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong dan perut.
  • Lupa berzikir kpd Allah, lupa mengerjakan solat dan amalan kebajikan lain.
  • Fikiran dan tumpuannya terganggu dan tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan.
  • Malas mengerjakan perkara baik.
  • Rasa sakit pd salah satu anggota bdn dan doktor tidak dpt mengesan penyakit atau tidak sanggup utk merawatnya.
  • Mentalnya sering terganggu atau gangguan saraf dan separuh gila.
Waktu Tidur (Tidak jaga)
  • Sukar tidur malam dan mengambil masa yg terlalu lama utk tidur.
  • Berasa cemas dan sering bangun tidur pada waktu malam.
  • Bermimpi melihat perkara-perkara buruk dan menakutkan.
  • Bermimpi melihat pelbagai jenis haiwan seperti anjing, kucing, serigala, singa dan tikus.
  • Merintih ketika tidur.
  • Bunyi gigi geraham berselisih atau bergeser ketika tidur.
  • Mengigau seperti bercakap, berdiri dan berjalan semasa tidur.
  • Bermimpi seolah-olah terjatuh daripda tempat yg tinggi.
  • Bermimpi berada di kubur, tempat kotor atau jalan yg mengerikan.
  • Melihat org aneh spt tinggi, pendek, hitam atau berwajah ganjil.
  • Bermimpi melihat hantu atau jin.
Bahagian 3: Amalan merawat gangguan:
  • Rawatan dgn membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Rawatan dgn membaca doa-doa yg diajar oleh Rasullah s.a.w.
  • Rawatan dgn membaca doa dan asmaul husna dlm bahasa Suryaniyah.
Di dlm buku ini juga dinyatakan syarat-syarat utk menjadi perawat. Sekiranya nak tahu lebih lanjut, buleh dptkan buku ini. Malah di dlm buku ini dinyatakan secara terperinci mengenai '40 Amalan Merawat Gangguan Jin'. di mana disisipkan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa utk rawatan tersebut.

Bahagian 4: Langkah Mencegah Gangguan Jin
  • Sentiasa mengamalkn zikir-zikir yg diajarkn oleh Rasullah s.a.w.
  • Membaca Basmalah setiap ketika membunag air panas di sesuatu tempat dan setiap kali memasuki bilik yg gelap serta setiap kali menjatuhkan sesuatu benda berat ke tanah.
  • Jika tidur bersendirian atau seorg diri berwuduklah dan membaca doa-doa utk tidur.
  • Ketika tidur bacalah Basmalah 22 kali, surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Falaq serta ayat Al-Kursi sekali.
  • Jgn membunuh ular yg muncul di dlm rumah dlm masa 3 hari, kemudian jika tidak keluar/pergi, bunuhlah kerana ia adlh syaitan atau jin.
  • Jgn masuk mengharungi hutan atau pdg luas secara bersendirian.
  • Jgn lupa membaca doa masuk dan keluar dari tandas.
  • Ada lagi beberapa perkara dinyatakan di dlm buku tersebut.
Di dalam perkara 2 bahagian ke-4 buku ini dinyatakan amalan selepas pulih dari gangguan jin.
Dinyatakan oleh penulis bahawa selepas kita pulih daripada gangguan jin, kita harus bersyukur kpd Allah dan yakin hanya Allah shj yg dpt menyelamatkan kita drp segala bentuk gangguan jin dan manusia. PERHATIAN: walaupun seseorg itu sdh pun pulih jgnlah beranggapn bhw kita sudah selamat drpd gangguan jin dan jgn beranggapn jin tidak akn kembali kpd kita. Peristiwa itu tidak mustahil akn berulang. Justeru itu, kita perlulah berhati-hati dan mengmlkn beberapa langkah yg penting agr sentiasa dijauhkn oleh Allah daripd gangguan jin.Antaranya ialah:
  • Selalu istighfar dan mohon keampunan Allah.
  • Sentiasa kerjakan solat secara berjemaah.
  • Byk membaca Al-Quran setiap hari siang atau mlm.
  • Baca surah-surah penting pd setiap mlm Jumaat spt surah Yasin, Al-Kahfi, Al-Mulk dan sebagainya.
  • Sentiasa berpakaian menutup aurat mengikut syariat Islam.
  • Menjauhi segala bntk pergaulan bebas dgn bukan muhrim.
  • Jgn keluar mlm kecuali utk solat di masjid dan ada urusan penting yg perlu diselesaikn.
  • Sentiasa mebaca Basmalah apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Jgn mendengar lagu atau muzik yg sia-sia dan melalaikan
  • Ada lagi beberapa perkara dinyatakan di dlm buku tersebut.
Harga buku amat berpatutan. Hanya RM6 shj. buleh didpati di kedai buku-buku agama n Popular. Rakan boleh lawati laman web berikut utk dapatkan info mengenai buku-buku keluaran Al-Hidayah Publication atau melanggan di laman web : http://www.hidayah.com.my/

Tuesday, February 8, 2011

Raya Cina di Mersing.....

As Salam...

seminggu sempena Raya Cina yang lalu, aku sekeluarga pulang ke Mersing untuk bercuti.untung kali nie bercuti. Cuti apply 2 hari jer dpt bercuti seminggu....:)...Alhamdulillah..peluang bercuti kali nie aku n suami gunakan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan hal yang masih belum selesai.Alhamdulillah..semuanya dah agak ok. sempat juga sahrul pegi memancing di 2 hari last kami di Mersing. lepaskan giannya...

Terima kasih kepada keluarga mertuaku yg banyak menolong di saat genting. dan terima kasih kepada Cikgu Wahid sekeluarga kerna membantu.Alhamdullilah dengan izin dari-Nya...kami akan terus meniti kehidupan ini dengan kecintaan pada-Nya.insya-Allah...:D

Monday, January 24, 2011

Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak perlukan sokongan semua...

As Salam...

Saya ingin berkongsi dengan semua rakan2 n saudara Islam untuk sama2 menyokong pembinaan kompleks baru Madrasah Nurul Hidayah yang terletak di Kampung Tembak, Kuala Ketil. Sekiranya ada pihak yang hendak menyumbang kepada madrasah ini, sila hubungi pengetuanya Ustaz Mohd Zainon Ariffin di no 019-4754716 atau ke akaun bank Madrasah Nurul Hidayah, BIMB 02020010027433; Maybank 152040339766 atau BSN 02126-41-80336814-1. Berikut di 'post' kan keratan akhbar mengenai usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan pembinaan kompleks madrasah ini.

Bersama-samalah kita menyumbang untuk membolehkan para pelajar madrasah ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan dapat menampung pelajar yang lebih ramai bagi membolehkan kelahiran lebih ramai lagi para alim ulama di negara ini. Insya-Allah...

Tuesday, January 11, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Sudah agak lama tak karang mengarang di blog ini. aleh2 sudah tahun baru....smuga tahun ini lebih membawa kebahagiaan n keberkatan pada kami sekeluarga.Amin...!

Ank sulung kami, Safwan tafhim pun sudah genap usianya 3 tahun pada 31 Disember yang lalu.Syukur...Alhamdulillah...kesian dia sambut besday hanya di samping nenek, atuk n mak n pak sdara tanpa kehadiran aku n suami.maklumlah kena tinggal ngn nenek pada 12 disember.mak mertuaku nk jaga.maka..kami pun tinggalkan mereka berdua..safwan n safieerah di sana.

tulah pertama kali safieerah tanpa kami.safwan pernah tinggal ngn nenek dia slama 3 minggu masa aku mengandung safieerah.kesian si 'putih' tu sebab masih menyusu malam dengan aku.tapi xpala...hati mak mertua harus dijaga juga.mana2 nenek pun musti nk jaga cucu2nya kan.

tapi Alhamdulillah..berkat duk ngn nenek diaorg......safieerah dh boleh berjalan setapak dua n safwan dah buleh bercakap banyak n agak fasih dari dulu...:) n kami dapat gakla masa utk merehatkan diri semasa 'situasi yang datang menduga' ini. sebab itulah ketentuanNya adalah yang terbaik...Alhamdulillah.

Pada 8 Januari lalu, mak mertuaku sekeluarga (except abah) datang untuk hantar mereka n ambil barang2 Pie. Sambil tu bulehlah jalan2 kt KL. Bawak diaorg jalan2 kt KLCC jela.Yati yang sdg sarat mengandung tue masih kuat berjalan...aku dulu kalau time gitu musti dh cepat capek.hihi..manja katakan.Seronok betul dapat berkumpul reramai gini n bergurau senda adik-beradik.

erm...aku harap kebahagiaan sebegini akan sentiasa milik kami. Insya-Allah..