Monday, September 26, 2016

Berterus terang

Assalamualaikum...

berterus terang pada sesetengah amatlah susahkan..

untuk meluahkan banyak yang perlu difikirkan demi menjaga hati orang yang hendak di bagitau. pada aku ada masa mmg susah nak diluahkan tapi ada masa bila hati sangat2 berkehendakkan untuk luahkan...i just go for it. but i know it comes with a risiko.. wheather the person will be hurt or u will be hurt... for me...klau aku yang terluka..i dunt mind...sebab dunia ini sementara tapi yang paling aku risaukan hati org yang aku bgtau tu...aku paling takut melukakan hati orang..tp hakikatnya..certain time u have to say it so that things will be clear and ko akan ada ketenangan jiwa..

last few days since 18th September 2016, aku banyak meluahkan rahsia besar dalam hidup aku yang selama 4 tahun ni aku x bgtau sesapa kecuali Allah. akhirnya terluahkan jua pada hari itu, bila sumbody approach aku n tanya soklan yg aku x sangka2 nk kuar dr wassapnya (hahaha...zaman IT kan...so luahan maya lani)...mayb this spill out bermula disebabkan aku meluahkan dah rasa ni kepada kengkawan aku beberapa hari sebelum tarikh keramat ni but without mention name. tapi with this person...aku mengaku sebab dia sebut nama.

tapi inilah jawapan Allah pada doa2 aku selama 4 tahun ni..benarlah janji Allah...minta padaNya pasti dia akan tunaikan permintaanmu tapi ko akan dapat samada cepat atau lambat... pada aku berbaloi...biarpun dh terseksa 4 tahun tu...at least aku blajar byk benda..salah satunya kesabaran dan keyakinan kau pada Allah bahawa Dia akan tunaikan. lagi satu paling penting adalah hati kita ni milik Allah. 

hanya Allah di hatiku ...Ma fi khalbighairullah...

Thursday, September 22, 2016

"Berhenti Berharap"

"Berhenti Berharap"

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan... haaa
Haaaa... aaaa

Aku pulang...
Tanpa dendam
Kuterima... kekalahanku

Aku pulang...
Tanpa dendam
Kusalutkan... kemenanganmu
Woo

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa... haa.haaa... haaaa

Aku pulang... (haaahaa)
Tanpa dendam... (haaahaa)
Ku terima... (haahaa) kekalahanku...

Rebahkan kalbumu...
Lepaskan perlahan...
Kau akan mengerti...
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Wednesday, September 21, 2016

hope to find myself again

assalamualaikum...

things happen for purpose...Allah knows the best.

its been years since aku write sumthing in this blog...ntahla kenapa stop menulis sedangkan mgkn it was my patience n the best way to express myself..blog aku..ikut suka aku nk tulis apa...hahahahaha..

actually klau nk ikutkan ada banyak kisah yang nak dituliskan...of coz la...5 yrs aku abandoned this blog..aku slalu percaya orang menulis untuk menggambarkan rasa hatinya bila dia tak mampu meluahkan dalam kata2 pada sesiapa kecuali Allah..

n juga menulis untuk mengekalkan kenangan tentang setiap moment yg kita alami. iyalah kalau setakat mengingat pasti ada juga yg akn dilupakan bersama waktu..

juga menulis untuk menyatakan padangannya tanpa dinilai orang semasa menaip...kalau bercakap ni orang akan potong cakap (macam potong stim la) ...bila dh abis menaip mgkn adala yg akan mengomen tu...tp at least dah terluah semua pandangan tu terlebih dahulu...ahaks...

ok...ni permulaan kenyataan sebab aku menulis semula..just to find myself again...MAYBE!

jum...lari laju2 n lompat n terjun ke dalam laut...wahhhh...best gile..itu kalau pandai berenang la...takut lemas ja...hihi

 

 

Tuesday, July 19, 2011

Slamat berjumpa semula...

dh hampir 5 bulan aku x on blog nie.n aku baru perasan yg aku x publish pun blog nie...hihi..hai maklumlah baru blajar nk berjinak2 dgn dunia ICT nie...suami aku tanya naper xleh carik blog kitaorg dlm internet pun..skarang aku dh ada jawapan utk dia...hahaha...kelakar baru perasan after a bout a year aku menaip.
berehat 5 bulan utk menyihatkan badan dahulu..sekarang baru ada mood skit nk sambung menaip.kali nie post sekadar to say hai to my blog yg dh lama aku tinggalkan.pasni nk post job2 terbaru n new adventure with families n frens....:)

Friday, February 11, 2011

Perkongsian Ilmu - Gangguan Jin

As Salam

Post kali ini bertujuan untuk berkongsi satu perkara yang kebanyakkan daripada kita tidak percaya atau mungkin tahu hal ini tetapi tidak ambil pusing sebab merasakan tidak perlu mengambil berat. Perkara yang ingin hendak dikongsi adalah mengenai gangguan jin.

Satu hari ketika aku n suami, Sahrul ke Ampang Plaza..ada jualan diskaun buku2. so masa meninjau2 nie..terlihat sebuah buku bertajuk '40 Amalan Merawat Kerasukan Jin' tulisan Drs. Hj. Hanafi Mohamed. MA.
Serba sedikit maklumat mengenai gangguan jin dan sebab-sebabnya di dalam Bahgian 2 buku ini ialah:
  • Manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengabaikan perintahNya, maka mudah sekali dipengaruhi oleh jin dan syaitan.
  • Manusia melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan golongan jin seperti membuang sampah atau benda di tempat tertentu tanpa menyebut nama Allah. Ini kerana jin memang ada dipersekitaran manusia.
  • Ada jin lelaki yg jatuh cinta kp seseorg wanita yg suka bersolek atau keluar malam sehingga ia meninggalkan solat.
  • Ada golongan wanita yg tidak sempurna mandi junubnya kerna ada hlgn pd tubuhnya spt bahan make-up yg tebal dan sebagainya.
  • Ada manusia pd satu ketika mengalami perasaan yg amat sedih atau terlalu gembira sehingga ia lupa kpd Allah.
  • Manusia melanggar atau lupa adab-adab memasuki ke suatu tempat yg pernah dilawati spt pantai, hutan, gua, bukit dan sebagainya tanpa berberdoa atau memohon perlindungan Allah terlebih dahulu.
  •  Manusia byk melakukan perbuatan kufur, maksiat dan pelbagai kemungkaran yg dibenci oleh Allah sehingga memudahkan jin mempengaruhi perasaan, jiwa dan pemikirannya.
  • Ada lagi beberapa perkara dinyatakan di dlm buku tersebut.
Isi tambahan (hasil pengalaman cerita org dan pengalaman yg ditemui aku):
Selain daripada sebab gangguan jin atas sebab-sebab diatas, ada juga perkara seperti perbuatan sihir orang dan saka yang mengganggu kita.

Tanda-tanda Gangguan Jin (spt di dlm buku tersebut):

Waktu Sedar (Jaga)
  • Mengalami pening dan sakit kepala bukan disebabkan oleh penyakit. Sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong dan perut.
  • Lupa berzikir kpd Allah, lupa mengerjakan solat dan amalan kebajikan lain.
  • Fikiran dan tumpuannya terganggu dan tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan.
  • Malas mengerjakan perkara baik.
  • Rasa sakit pd salah satu anggota bdn dan doktor tidak dpt mengesan penyakit atau tidak sanggup utk merawatnya.
  • Mentalnya sering terganggu atau gangguan saraf dan separuh gila.
Waktu Tidur (Tidak jaga)
  • Sukar tidur malam dan mengambil masa yg terlalu lama utk tidur.
  • Berasa cemas dan sering bangun tidur pada waktu malam.
  • Bermimpi melihat perkara-perkara buruk dan menakutkan.
  • Bermimpi melihat pelbagai jenis haiwan seperti anjing, kucing, serigala, singa dan tikus.
  • Merintih ketika tidur.
  • Bunyi gigi geraham berselisih atau bergeser ketika tidur.
  • Mengigau seperti bercakap, berdiri dan berjalan semasa tidur.
  • Bermimpi seolah-olah terjatuh daripda tempat yg tinggi.
  • Bermimpi berada di kubur, tempat kotor atau jalan yg mengerikan.
  • Melihat org aneh spt tinggi, pendek, hitam atau berwajah ganjil.
  • Bermimpi melihat hantu atau jin.
Bahagian 3: Amalan merawat gangguan:
  • Rawatan dgn membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Rawatan dgn membaca doa-doa yg diajar oleh Rasullah s.a.w.
  • Rawatan dgn membaca doa dan asmaul husna dlm bahasa Suryaniyah.
Di dlm buku ini juga dinyatakan syarat-syarat utk menjadi perawat. Sekiranya nak tahu lebih lanjut, buleh dptkan buku ini. Malah di dlm buku ini dinyatakan secara terperinci mengenai '40 Amalan Merawat Gangguan Jin'. di mana disisipkan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa utk rawatan tersebut.

Bahagian 4: Langkah Mencegah Gangguan Jin
  • Sentiasa mengamalkn zikir-zikir yg diajarkn oleh Rasullah s.a.w.
  • Membaca Basmalah setiap ketika membunag air panas di sesuatu tempat dan setiap kali memasuki bilik yg gelap serta setiap kali menjatuhkan sesuatu benda berat ke tanah.
  • Jika tidur bersendirian atau seorg diri berwuduklah dan membaca doa-doa utk tidur.
  • Ketika tidur bacalah Basmalah 22 kali, surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Falaq serta ayat Al-Kursi sekali.
  • Jgn membunuh ular yg muncul di dlm rumah dlm masa 3 hari, kemudian jika tidak keluar/pergi, bunuhlah kerana ia adlh syaitan atau jin.
  • Jgn masuk mengharungi hutan atau pdg luas secara bersendirian.
  • Jgn lupa membaca doa masuk dan keluar dari tandas.
  • Ada lagi beberapa perkara dinyatakan di dlm buku tersebut.
Di dalam perkara 2 bahagian ke-4 buku ini dinyatakan amalan selepas pulih dari gangguan jin.
Dinyatakan oleh penulis bahawa selepas kita pulih daripada gangguan jin, kita harus bersyukur kpd Allah dan yakin hanya Allah shj yg dpt menyelamatkan kita drp segala bentuk gangguan jin dan manusia. PERHATIAN: walaupun seseorg itu sdh pun pulih jgnlah beranggapn bhw kita sudah selamat drpd gangguan jin dan jgn beranggapn jin tidak akn kembali kpd kita. Peristiwa itu tidak mustahil akn berulang. Justeru itu, kita perlulah berhati-hati dan mengmlkn beberapa langkah yg penting agr sentiasa dijauhkn oleh Allah daripd gangguan jin.Antaranya ialah:
  • Selalu istighfar dan mohon keampunan Allah.
  • Sentiasa kerjakan solat secara berjemaah.
  • Byk membaca Al-Quran setiap hari siang atau mlm.
  • Baca surah-surah penting pd setiap mlm Jumaat spt surah Yasin, Al-Kahfi, Al-Mulk dan sebagainya.
  • Sentiasa berpakaian menutup aurat mengikut syariat Islam.
  • Menjauhi segala bntk pergaulan bebas dgn bukan muhrim.
  • Jgn keluar mlm kecuali utk solat di masjid dan ada urusan penting yg perlu diselesaikn.
  • Sentiasa mebaca Basmalah apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Jgn mendengar lagu atau muzik yg sia-sia dan melalaikan
  • Ada lagi beberapa perkara dinyatakan di dlm buku tersebut.
Harga buku amat berpatutan. Hanya RM6 shj. buleh didpati di kedai buku-buku agama n Popular. Rakan boleh lawati laman web berikut utk dapatkan info mengenai buku-buku keluaran Al-Hidayah Publication atau melanggan di laman web : http://www.hidayah.com.my/

Tuesday, February 8, 2011

Raya Cina di Mersing.....

As Salam...

seminggu sempena Raya Cina yang lalu, aku sekeluarga pulang ke Mersing untuk bercuti.untung kali nie bercuti. Cuti apply 2 hari jer dpt bercuti seminggu....:)...Alhamdulillah..peluang bercuti kali nie aku n suami gunakan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan hal yang masih belum selesai.Alhamdulillah..semuanya dah agak ok. sempat juga sahrul pegi memancing di 2 hari last kami di Mersing. lepaskan giannya...

Terima kasih kepada keluarga mertuaku yg banyak menolong di saat genting. dan terima kasih kepada Cikgu Wahid sekeluarga kerna membantu.Alhamdullilah dengan izin dari-Nya...kami akan terus meniti kehidupan ini dengan kecintaan pada-Nya.insya-Allah...:D

Monday, January 24, 2011

Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak perlukan sokongan semua...

As Salam...

Saya ingin berkongsi dengan semua rakan2 n saudara Islam untuk sama2 menyokong pembinaan kompleks baru Madrasah Nurul Hidayah yang terletak di Kampung Tembak, Kuala Ketil. Sekiranya ada pihak yang hendak menyumbang kepada madrasah ini, sila hubungi pengetuanya Ustaz Mohd Zainon Ariffin di no 019-4754716 atau ke akaun bank Madrasah Nurul Hidayah, BIMB 02020010027433; Maybank 152040339766 atau BSN 02126-41-80336814-1. Berikut di 'post' kan keratan akhbar mengenai usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan pembinaan kompleks madrasah ini.

Bersama-samalah kita menyumbang untuk membolehkan para pelajar madrasah ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan dapat menampung pelajar yang lebih ramai bagi membolehkan kelahiran lebih ramai lagi para alim ulama di negara ini. Insya-Allah...